Tuesday, 20 March 2007

43rd Post (Do Something! Anything!)

apa aku nak jadi ni... aku pun tak tahu.
kenapa aku suka buang masa.
kenapa aku tak guna betul2 masa aku
kenapa aku asyik lalai melayan hawa nafsu ku
tidur, tengok tv, borak2...bukan tak boleh.
tapi kena tau priority nya.
ni tak...benda yang sepatutnya dibuat ko tak buat.
tapi benda yg tak penting...itulah yg utamanya ko nak lakukan.
kenapa begitu?
bukankah ko sudah tahu itu salah...itu tak betul
bukankah ko sudah bace banyak buku dan benar2 faham apa yang perlu ko lakukan?
habis kenapa ko tak bertindak lagi
apa yang ko dok tunggu lagi
kenapa tidak mahu berubah
banyak perancangan ko gagal
banyak plan ko tak berjaya sampai sudah
terhenti dipertengahan jalan
kenapa ko tidak teruskannya
bukankah goal dan matlamat nya sudah clear
kenapa ko tak bersusah payah dan mujahadah
ko kan tau...kalau nakkan kejayaan takde short cut
setiap kejayaan perlu ada pengorbanan dan mujahadah
perlu persisten,konsisten,fokus dan disiplin.
bukankah ko sudah sedia maklum tentang perkara itu?
habis????????
apa yang ko nak tunggu lagi?
bertindaklah segera...
bertindaklah sekarang...
ko masih belum terlewat...
ko berpotensi besar untuk berjaya...
ko ada banyak pengalaman dan kemahiran...
ko patut gunakannya sebaik mungkin...

apa yang pasti...
ko perlu lakukan sesuatu sekarang.
jangan duduk layan nafsu malas ko tu.
masa terus berlalu...
dan terus berlalu...
tanpa memperdulikan mu...
maka rugilah dirimu jika tak berbuat apa2.

so...what are you waiting for???
bertindak lahhhhhh
DO SOMETHING!!!!
ANYTHING!!!

-------------------------------------------------

11 March 2007 / 23:48

                            

Monday, 25 December 2006

42nd Post (fikir negatif, beri alasan, malas...habis crita)

isk isk isk lamer giler dah tak nulih kat blog aku nih.

bukan sebab busy ker atau sebab aper...

sajer jer malas nak menaip...

sebut pasal "malas",

aku teringat satu satu artikel yg aku penah terbace tentang sifat/perangai/tabiat buruk orang melayu...

menurut penulis artikel tu...ada 3 sebab utama mengape orang melayu kita mundur dan tidak berjaya...

1-FIKIR NEGATIF

2-SUKA BAGI MACAM2 ALASAN

3-MALAS

dahla pikir negatif....bagi pulak macam2 alasan....pastu MALAS....habis cerita laaa....camne nak maju???!!!

semoge aku dan kite semue dapat kikis 3 sifat/tabiat buruk tuh.

---------------------------------------------------------------------------

26 Dec 2006 / 13:12

Sunday, 05 November 2006

41st Post (SEMANGAT ANAK JANTAN)

Susah sangat ker nak berubah?

Kenapa masih gagal?

Apa yang tak kenanya lagi?

Sampai bila engkau harus begini?

Apa lagi yang masih belum mencukupi?

Susah sangat ker nak lawan nafsu sendiri?

Lemah sangat ker jati diri?

Dimana keazaman mu yang tinggi?

Apa yang hendak ditunggu lagi?

Apa yang hendak engkau takuti?

Halangan dan rintangan tu resam semulajadi.

Mujahadah lah buat pengorbanan.

Bukankah engkau memiliki daya tahan yang tinggi?

Bukankah darah pahlawan memang sentiasa mengalir dalam tubuhmu?

Habis?...Apa yang engkau lembik sangat?

Apa yang engkau dok lemah longlai lagi?

Bertindak segera!!

Tidak gentar dengan apa saja cabaran.

Tidak takut dengan apa saja halangan.

Tidak gerun dengan apa saja rintangan.

Rempuhlah dengan berani!

Tempuhlah dengan gagah!

Hadapilah dengan sabar!

Jangan mundur walau selangkah.

Walau belukar duri terpaksa kau redahi

walau pagar besi terpaksa kau bolosi

walau gunung tinggi terpaksa kau daki

walau lautan api terpaksa kau renangi

hatta maut sekalipun yang datang...

engkau kena tetap hadapi.

Itulah SEMANGAT ANAK JANTAN SEJATI!!

-----------------------------------------------------------

5 November 2006 / 22:31

Tuesday, 31 October 2006

40th Post ( Selamat Tinggal Ramadhan )

Ramadhan telah meninggalkan kita

Syawal menjelang menandakan hari raya

Kehidupan biasa bermula semula

Ramadhan hadapan belum tentu kita jumpa...

Di hari raya ini, mari kita koreksi diri sendiri

Layakkah hari ini kita berhari raya??

Ketahuilah hari raya hanya untuk orang-orang yang bertaqwa!!

Selain mereka, tidak layak untuk merayakan hari raya...

Mari kita renung kembali segala amalan kita di bulan Ramadhan

Adakah meningkat dari sebelumnya??

Bertambah baik kah amalan kita dari masa ke semasa??

Sesuai dengan meningkatnya umur kita...

Mari renung pula bagaimana nasib kita

Apakah kita akan mati dalam husnul khaatimah??

Kerana nafsu itu mendorong kejahatan

syaitan pula sentiasa melalaikan kita...

Ingatlah...

Hari raya bukan untuk kita bersuka ria

Ia hari bersyukur untuk menggembirakan yang tak punya apa2

Memberi bantuan kepada mereka yang tidak berada dan tidak berdaya

Maaf bermaafanlah kita sesama kita

Bertimbang rasa lah kita sesama manusia

Bersimpatilah kita dengan mereka yang susah...

Berkasih sayang lah kita

Kerana ia sangat diperintahkan

bahkan ia sesuai dengan fitrah manusia.

So....???

------------------------------------------------------------------

1 NOV 2006 / 13:44

Tuesday, 17 October 2006

39th Post ( Malam Seribu Bulan )

Ramadhan kini hanya tinggal beberapa hari saja lagi

aduhai begitu pantasnya masa berlalu

Rasulullah SAW kata malam seribu bulan akan datang dalam malam ganjil di sepuluh akhir Ramadhan...

adakah ianya sudah terlepas?

aduh alangkah ruginya kalau ianya datang sedangkan aku lena dibuai mimpi

alangkah ruginya kalau ianya terlepas begitu saja

ada sorang kawanku kata...ianya dah datang

pada malam Isnin malam ke-23 Ramadhan yang lepas

ada pulak TOK GURU kepada salah seorang abangku kata

ianya mungkin akan datang pada malam Jumaat malam ke-27 Ramadhan

hakikatnya....siapapun tidak pasti...

yang pasti...aku mesti ambil peluang untuk merebut malam seribu bulan ini

yang pastinya...aku tak mahu jadi rugi

yang pastinya...sementara masih ada saki baki Ramadhan ini

maka aku akan ALL-OUT untuk rebut seberapa banyak 'hadiah' yang ALLAH kurniakan kepada ummat MUHAMMAD SAW ini

aduhai tuhanku...

kekalkan taufik hidayah kekuatan padaku untuk aku beribadah kepadaMU

aku tagih keampunan dan rahmat daripada MU

berikanlah aku peluang untuk bertemu dengan LAILATUL QADR yang dijanjikan

amin yaaa robbal 'aalamin

---------------------------------------------

18 Oct 2006 / 07:26

Tuesday, 10 October 2006

38th Post (Pergi Tak Kembali)

Separuh daripada Ramadhan telah pun pergi.

Masa berlalu begitu pantas sekali.

Perginya ia tidak akan kembali lagi.

Apakah amalanku di bulan bonus ini sudah memadai?

Atau aku tergolong dalam golongan orang2 yang rugi?

Semoga aku dapat menginsafi diri...

dari sehari ke sehari...

lantas merebuti peluang yang Allah beri ini

dengan sebaik mungkin dan sepenuh hati!

Ramadhan oh Ramadhan...kedatanganmu amat kunanti...

tapi bila kau datang...aku pulak yang tak ambil peduli...

alangkah bodohnya diri ini...peluang yang diberi tidak ku manfaati.

Semoga Ramadhan yang tinggal ini...

dapat aku perbaiki diri...

untuk menjadi muslim sejati.

-------------------------------------------------------

11 October 2006 / 07:30am

Tuesday, 03 October 2006

37th POst (Satu per Tiga Ramadhan)

Satu per Tiga Ramadhan telah pun berlalu

masa begitu pantas pergi meninggalkan ku

tapi amal ibadah ku tetap macam dulu

tiada peningkatan yang berlaku

Quran, zikir, sedekah macam yang seperti selalu

aduh! alangkah rugi nya diri ku

sampai bila aku mahu jadi kaku?

tak berganjak ditampuk dahulu

takde peningkatan langsung yang dilaku

Ayuh! bangunlah bergerak buat islah diri mu

Semoga Allah yang satu

terus memberi petunjuk hidayah dan kekuatan untuk mu

dalam menempuhi Ramadhan yang terus dan terus saja berlalu

Robbighfirli Yaa Allahu Allahuu Allahuu

-----------------------------------------

3 October 2006 / 16:00

Sunday, 17 September 2006

36th Post ( Hancur Israel )

Semalam, 17 September 2006 dari jam 0900 sampai 1230 bertempat di Masjid Wilayah Jalan Duta telah diadakan satu program solat hajat menghancurkan Israel anjuran Tok Guru Seni Silat ABJAD.

Aku bersama abah ku telah ambil kesempatan untuk turut sama dalam program tersebut.

Alhamdulillah, program dapat berjalan dengan lancar. Laungan ALLAHU AKBAR dan alunan 'Nasyid Maharaja Silat ABJAD' betul2 menggetarkan jiwa dan membakar semangat pahlawan yang sedia mengalir dalam tubuhku.

Sesungguhnya apa yang berlaku semuanya dalam percaturan dan perancangan ALLAH. Semoga diriku tergolong dalam kumpulan orang2 yang mempertahankan, memperjuangkan dan memertabatkan agama Islam.

Islam pasti gemilang kembali!

"Rodhi tubillahi robba, wabil Islamidiina, wabi Muhammadin nabiyyaw warasuula"

--------------------------------------------------

18 September 2006 / 08:00am

Monday, 11 September 2006

35th Post ( Di lemma )

pagi tadi kira2 jam 6.45am, aku terdengar sebuah lagu yang cukup menarik perhatianku.

sebuah lagu yang menyentuh tentang keadaan wanita hari ini.

sebuah lagu yang menyeru agar semua kaum hawa untuk kembali kepada asal fitrah kejadiannya.

aduhai....amat benar bait2 lagu ini.

hayatilah dan renungi mesej yang ingin disampaikan dalam lagu ini wahai kaum hawa.

----------------------------------------------------------------

DI LEMMA --- Hijjaz (Pelita Hidup 4)

---------------------------------------------------------------

Lihatlah panorama dunia.

Wanita bagaikan hilang rasa malunya.

Maruah yang menjadi maharnya, tergadai sia bagai tiada berharga.

Di manakah budinya?

Di manakah akhlaknya?

Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya.

Santun tiada lagi.

Nafsu memimpin hati.

Kehormatan diri tidak dipeduli.

Oh wanita, mari menginsafi kepada asal fitrah kejadianmu.

Diciptakan untuk dihormati.

Sentiasa diredhai Maha Pencipta.

Kembalilah kepadaNya.

Juga pada Rasul-Nya.

Pasti dihadirkan taufiq dan hidayahNya.

Wanita...

Kembalilah ka arah kemuliaan.

Contohi peribadi Ummul Mukminin.

Rasulullah dijadikan suami.

Tertawan kerana keluhuran pekerti.

Bukan kerana harta.

Bukan kerana nama.

Tapi kerana budi yang disanjungi.

Kembalilah...

Wanita perhiasan dunia.

Bagai kilau permata diantara kaca.

Sayang ianya makin pudar cahaya.

Hingga tiada lagi beza di antara keduanya.

------------------------------------------------------------------

12 Sept 2006 / 7:15am

Thursday, 07 September 2006

34th Post ( Nifsu Sya'ban )

Semalam ialah malam nisfu Sya'aban.

Malam pertukaran 'buku catatan' baru.

Aduhai Tuhanku...berapa peratus kah amalan yang diterima olehMu dalam buku catatan amalanku yang lepas itu???

Wahai Allah....terimalah amalanku yang telah lepas. Dan kekalkanlah hidayahMu ke atas ku untuk aku terus membuat banyak amalan soleh yang disukai olehMu..amin.

Wahai Allah....Ramadhan yang dinanti2kan telah hampir tiba. Panjangkanlah umurku untuk aku bertemu dengan bulan ini. Berikan aku kesempatan untuk aku mengambil seberapa banyak manfaat dan berkat daripada bulan yang sangat mulia itu..amin.

Aduhai Tuhanku...rindunya aku pada Ramadhan. Tak sabar sekali menantikan kunjungan Ramadhan kali ini.

---------------------------------------------------

8 Ogos 2006 / 7:30am

Friday, 25 August 2006

33rd Post ( Satu Peringatan untukku )

1. Semua yang engkau buat akan dinilai. Oleh sebab itu, fikirlah dengan sebaiknya sebelum memulakan sesuatu.

2. Fikirlah dengan tenang. Buat keputusan dengan yakin. Laksanakanlah dengan penuh semangat.

3. Semua yang berlaku adalah pelajaran buat ko.

4. Jangan bercakap benda yang negatif. Selalulah fikir positif.

--------------------------------

25 Ogos 2006 / 5:35pm

Thursday, 24 August 2006

32nd Post ( Tentang Tidur )

Mengapa manusia tidur?

Berapa jam seelok2nya kita tidur?

Apakah maksud tidur yang sebenarnya?

Bagaimanakah cara tidur yang sebaik2nya?

Tidur yang bagaimana yang menepati dengan syari'at Islam?

Apakah hikmah disebalik tidur?

Apakah rahsia tidur?

Mengapakah bila kita bangun dari tidur, kita akan berasa segar? kita akan bertenaga? kita tak letih? mengapa?

Berapa jam nabi SAW habiskan masa untuk tidur?

Apakah kalau kita tak tidur, kita akan jadi lemah,tak bertenaga?

Adakah petua untuk menahan daripada tidur?

Semua persoalan ini sentiasa berlegar2 dalam kepalaku.

Namun hanya beberapa persoalan saja yang bisa aku jawab.

Yang lain masih menjadi persoalan dalam benakku.

Apa2pun, yang pastinya, aku nak kurangkan masa tidurku.

Kalau boleh nak ikut sunnah nabi SAW.

Kerana...semua perbuatan nabi SAW ada rahsia/hikmah disebaliknya.

So, aku nak ikut nabi SAW la kan.

Sejak akhir2 ni, memang aku banyak tidur.

Rasa rugi sangat2 la plak.

Sedangkan aku selalu rasa, aku tak cukup masa...24 jam tak cukup.

Kalau tidur 8 jam sehari pun....kat situ jer dah habis 1/3 daripada 24jam.

Habis, kalau tidur lebih 8jam?? bukankah rugi tu!!

Orang lain biasanya tidur dalam 7 ke 8 jam...

so aku ingat nak tidur kurang daripada tu...

mungkin 5jam dah memadai kot.

kalau aku tidur 5 jam....maknanye aku ade la lebih masa 19jam.

mungkin aku boleh gunakan masa2 untuk benda2 yang lebih bermanfaat dan produktif.

wahai ALLAH, bimbinglah aku....

aku mahu ikut Rasulullah kekasihMu....bantulah aku.

----------------------------------------

25 Ogos 2006 / 06:45am

Wednesday, 23 August 2006

31st Post ( Mati )

pada 22 Ogos 2006 kira2 jam 7.30pm,aku telah dapat panggilan telefon daripada abang aku mengatakan aki(atuk) aku telah meninggal dunia.

berderau jantung dan berombak dadaku ketika itu.

perkataan 'meninggal dunia' dan 'mati' itu betul2 meng'insaf'kan diriku.

bagaimanalah dengan diriku...

bila pula giliranku?

di mana dan bagaimana pula ajal ku akan datang menjelma?

mati accident? mati dibunuh? mati sakit tua? atau bagaimana??

apakah aku sudah cukup bersedia??

apakah bekalan ku ke alam yang abadi itu telah mencukupi??

aduhai tuhanku....kekalkan hidayah kepadaku.

sesungguhnya kami akan dihidupkan semula sesudah mati.

kami akan disoal tentang amal perbuatan kami di dunia.

maka di kala itu....

apakah yang akan aku jawab dengan Mu sekiranya amal burukku melebihi amal baik ku...

ampunilah daku wahai tuhanku....kasihanilah daku.

---------------------------------------------------

24 Ogos 2006 / 7.45am

Monday, 21 August 2006

30th Post ( Ketenangan & Kebahagiaan )

Secara umumnya,manusia dapat ketenangan dan kebahagiaan hanya apabila dia mendapat benda yang dia suka dan dia rasa berhajat padanya.

Contohnya, seorang jutawan dan hartawan, dia cinta pada pakaian dan makanan yang mahal2, maka dia tidak akan merasai ketenangan jiwa atau kesenangan hati sehinggalah dia mendapat perkara2 yang dia inginkan itu.

Tetapi, sesiapa yang lebih suka duduk atas tikar, berbaring atas lantai, memakai pakaian yang sederhana dan memakan makanan yang biasa2 saja, maka jelaslah bahawa dengan mendapatkan perkara yang dia inginkan dan sukakan itu , maka dia juga akan merasai kenikmatan kebahagiaan dan ketenangan jiwa.

Rasulullah adalah USWATUN HASANAH (sebaik2 contoh/role model). Rasulullah suka kehidupan yang WASATIAH (serba sederhana). Maka mereka yang suka akan kehidupan sederhana mengikut cara Rasulullah SAW, maka mereka pasti akan merasai kelazatan ketenangan jiwa dan mengecapi kebahagiaan tulen. Malah mereka juga akan mendapat redha dan rahmat Allah kerana mencontohi kehidupan Rasulullah.

Ingatlah...jika sekiranya kesukaan kita selalu diletakkan di dalam benda2 yang mahal, yang hanya boleh didapati oleh jutawan dan hartawan saja, maka mungkin seumur hidup kita tidak akan merasai ketenangan jiwa.

Jika itulah yang terjadi....maka alangkah malang dan rugilah kita!!!

--------------------------------------------------

22 Ogos 2006 / selepas subuh 6:45am

Sunday, 20 August 2006

29th Post ( Kucing,Aku dan Rezeki )

Makanan kesukaan kucing ialah ikan.
Tapi kucing tak pernah pun pegi memancing atau menangkap sendiri ikan di laut.
Hal itu memang tak mungkin dapat dilakukannya.
Untuk dapat menikmati ikan, apa kucing akan lakukan??
Yaaa....kucing hanya perlu menggesel2kan dirinya kepada tuannya,
dan cuba memanjakan dirinya kepada tuannya.
Maka dengan belas ihsan dan kasih sayang tuannya maka ia akan diberikan ikan sebagai santapannya.

Begitu jugalah dengan dirimu...
untuk mendapat kehidupan yang baik, maka apakah yang perlu dilakukan?
Yaa....hendaklah dikau dekati Tuanmu....ALLAH yang maha agung.
Kenali,dekati dan 'bermanjalah' kepada-Nya.
Nescaya kelak...pasti dikau akan disayangi dan dirahmati olehNya.
Dikau pastinya akan dikurniakan rezeki yang tidak disangka2.

Jangan ingat dengan usaha dan susah payahmu itu mampu mendatangkan rezeki...tanpa izin Tuanmu.
Lihatlah bagaimana kucing yang dikejar dan diburu oleh tuannya kerana mencuri ikan...
Walaupun kucing dapat ikan tapi tuannya telah marah dan bengang padanya.
Maka jika begitu... apalah gunanya????

---------------------------------------

20 Ogos 2006 / menjelang asar 4.30pm

Wednesday, 16 August 2006

28th Post ( Lalai lagi leka )

Aduh...
betapalah diriku ini sering dilalaikan oleh benda2 yang tidak berguna.
24 jam Allah berikan padaku....
berapa lama aku peruntukkan masa untuk mengingati dan mengagungkanNya??
kenapalah diriku begitu terpesona dan asyik dengan hiburan yang melalaikan...
dari bangun tidur sampai tidur balik....
berapa saat jer mase yang aku gunakan untuk mengingatiNya.
aduhai lalai nya diriku...
aduhai betapa alpa dan leka nya diriku...

benarlah kataMu Allah...
"Demi Masa.
Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.
Kecuali mereka2 yang beriman dan beramal soleh,
Mereka yang berpesan2 dengan kebaikan dan kesabaran.

ASTAGHFIRULLAH!!

---------------------------------------

17 Ogos 2006 / 9:45am

Tuesday, 15 August 2006

27th Post ( Gunakan Kesempatan )

Apabila kita menjumpai seseorang yang memerlukan sesuatu, dan kita memilikinya,
maka pergunakanlah kesempatan itu sebaik2nya.
Dan jika dia bersedia menerima pemberian kita,
maka berikanlah sebanyak yang kita mampu lakukan.

Dengan cara seperti itu kita sebenarnya telah membuatnya bersedia memikul 'bekalan' untuk kita sampai hari kiamat.
Ketahuilah, kita tidak melakukan perkara yang demikian,
kecuali hal itu sebenarnya telah membuatkan dia akan menjadi pembela yang bakal meringankan 'beban' kita dalam perjalanan di alam akhirat.
Sungguh, tidak ada kezaliman dan tidak ada ketidak-adilan pada hari pertemuan seluruh manusia di hari akhirat kelak.
Saat itu kita akan menerima kembali semua milik kita, bahkan dengan kadar yang jauh lebih baik dan berlipat kali ganda lagi.

------------------

16 Ogos 2006 / 10:00am

Thursday, 10 August 2006

26th Post ( Ada apa dengan Qualiti )

Setiap benda mempunyai Qualiti yang berbeza-beza.

Qualiti itulah yang membezakan taraf nilai sesuatu benda.

Benda yang berqualiti lebih dihargai, disukai dan diminati.

Barang yang berqualiti dijual dengan harga yang mahal.

Barang yang berqualiti akan tahan dipakai.

Ia tidak mudah rosak.

Cantik dipandang dan selesa digunakan.

Manakala barang yang rendah qualiti nya,

tidak akan tahan lama.

Ia mudah rosak dan warnanya mudah luntur.

Rupanya pula tidak cantik dan harganya murah.

Setiap orang yang berkemampuan akan menggunakan barang yang berqualiti.

Hanya mereka yang kurang mampu akan membeli barang yang tidak berqualiti.

Jika manusia itu sendiri sukakan barang yang berqualiti,

maka sudah tentulah Allah SWT.

Tapi Allah berlainan dengan manusia.

Manusia sukakan benda yang berqualiti.

Allah pula sukakan amal yang berkualiti.

Nah sekarang...mari kita muhasabah dan renungkan seketika....

Adakah amal yang kita buat itu berqualiti??

Adakah amal kita sudah mencapai tahap qualiti yang Allah kehendaki??

Berpuas hatikah kita dengan qualiti amalan yang kita lakukan??

Tepuk dada, tanyalah iman.

------------------------------------

11 Ogos 2006 / 10:00am

Wednesday, 09 August 2006

25th Post ( Aku makhluk yang serba lemah )

Langit tak selalu cerah.

Awan pula tak selalu mendung.

Selepas malam,pasti datangnya siang.

Selepas ujian,adanya nikmat.

Selepas musibah,insyaAllah turunlah rahmat.

Begitulah diri ku.

Terkadang jiwaku,emosiku,perasaanku dan ‘mood’ku merudum lesu.

Terkadang pula diriku begitu ceria,bersemangat dan penuh tenaga.

Ada masa2nya hatiku begitu riang dan gembira.

Tetapi di masa yang lain, tiba2 hatiku jadi gundah, gulana tidak menentu.

Begitu juga dengan iman.

Adakalanya rasa semangat dan ghairah untuk beribadah datang mencurah2.

Masa itu iman mencanak naik setinggi gunung.

Tak lama lepas tu, tetiba, rasa malas seperti keterpaksaan untuk ibadah pula datang menggodek jiwa.

Tatkala itu, iman jatuh merudum seperti pasaran saham yang tengah menurun.

Begitu juga dengan rezeki.

Sungguh pun ia memang ketetapan yang azali di luhummahfuzz.

Tetapi ia tetap ada pasang surutnya.

Itulah lumrah kehidupan seorang insan biasa.

Semuanya berlaku dalam percaturan dan kehendak Allah yang maha Esa.

Kita makhluk Allah atas muka bumi ini memang tak ada apa2 kuasa.

Semua yang terjadi adalah dalam genggaman dan pencaturan Allah.

Sesungguhnya MAKHLUK ITU LEMAH

dan ALLAH SAJALAH YANG MAHA BERKUASA.

Habis, kenapa mesti lagi hendak berhajat kepada makhluk??

Tidakkah itu bodoh namanye??

Yaa Allah…

Engkau saja kami sembah, dan

Engkau saja tempat kami mengadu dan mohon pertolongan.

Tetapkanlah iman kami.

Jangan Engkau bolak balikkan hati2 kami.

Kami tagih rahmat dan redha dari MU.

Amin.

----------------------------------

10 Ogos 2006 / 12:05pm

Tuesday, 08 August 2006

24th Post ( Antara Akademi Quran dan Akademi Fantasia )

Sempena musim tilawah Quran peringkat antarabangsa ni...
Setiap malam aku akan ke PWTC untuk mendengar alunan2 bacaan ayat suci al-Quran daripada qari2/qariah2 dari seluruh dunia.
Selain daripada untuk menghayati bacaan Quran, dengan hadirnya aku di sana,
setidak2nya aku turut sama secara tidak langsungnya menyokong dan memeriahkan majlis2 agama yang seringkali hambar dan dipinggirkan oleh masyarakat Islam itu sendiri.
Tidakkah kita sedar....
majlis yang seumpama ini adalah syiar Islam yang perlu diberikan sokongan??
.
Terkadang...aku berasa sedih melihat bangsa seagamaku buat endah tidak endah seolah2 meng'anak tiri'kan majlis2 agama.
Lihatlah bagaimana hebatnya dan hangatnya sambutan yang diberikan apabila program2 seperti Akademi Fantasia diadakan...
Lihat pulalah bagaimana hambar,pudar,lesu,lemah dan longlainya sambutan yang diberikan kepada program seperti Akademi Quran...
Aduhai....
betapa perkara berkaitan agama itu dipinggir2kan malah diperleceh2kan....
bukan oleh orang kafir laknatullah,tetapi oleh orang Islam itu sendiri.
Aduhai...
betapa dungu dan tidak fahamnya kami terhadap kebesaran Islam ini ya Allah...
ampukan kami!!
.
Teringat ku akan kata2 seorang ustaz dalam ceramahnya....
" Kita ni especially bebudak muda remaja bangsa Melayu sekarang...
terlalu leka berhibur....
terlalu banyak dengar muzik....
terlalu asyik melayan lagu2 rock...lagu2 jiwang...
sehingga takdak masa langsung nak dengar Quran....
dengar Hadith2 nabi....
dengar lagu2 yang membentuk jiwa....
sebab tu lah anak2 muda skang hatinya keras....
degil.....takmau dengar kata...pantang ditegur.....
apabila ditegur saja, ia melenting....
ia maki hamun....pukul guna kekerasan....malah ada yang sanggup membunuh..."
mengapa ini semua boleh terjadi??
memang banyak sebabnya.....
tapi salah satu puncanya ialah...
kerana terlalu banyak berhibur...
dan banyak mendengar muzik yang melalaikan kita daripada mengingati yang maha Esa...
.
aku bukanlah anti muzik....bukan juga anti hiburan...
berhibur itu HARUS hukumnya....
tapi perlu kena caranya....
dan berpada2 lah jangan melampaui batas...
Janganlah terlampau asyik dan lalai sampai dah tak ingat mati!!
ni tak....dahla Quran/Hadith kita malas nak baca....
takkan nak dengar Quran/Hadith pun kita tak mahu??!!
kalau tak baca pun.....sekurang2nya kita dapat dengar pun jadiklah...
tak gitu??
.
sebab itulah aku suka untuk ajak orang lain utk kita sama2 ubah skit paradigma tu.
aku nak ingatkan kawan2 aku utk kita sama2 beringat.
Janganlah terlalu khusyuk dan seronok berhibur,
sehingga kita terlupa MAKSUD dan TUJUAN HIDUP kita atas dunia yang menipu daya nih....
.
ustaz aku kata....siapa yang suka dengar quran/hadith....
maka Allah akan menurunkan sakinah(ketenangan) kepadanya...
dan Nur2 al-Quran akan sentiasa menyelubungi hati dan jiwanya....
sehingga hatinya akan menjadi lembut dan mudah menerima nasihat
serta cenderung untuk melakukan kebaikan.
.
Moga Allah sentiasa beri petunjuk dan hidayah pada kita...amin.
-------------------------------------------
9 Ogos 2006 / 9:45am

23rd Post ( Ittaqullah )

Jika kita mengenal Allah, maka kita akan selalu berusaha memperbaiki hubungan denganNya.
Malah tidak ada yang kita cintai lebih daripada cinta kepadaNya.
Kita akan takut kepadaNya.
Kita takut untuk buat maksiat kepadaNya.
Kita takut durhaka kepadaNya.
Kita akan berusaha agar tidak melanggar walau satupun dari larangan2Nya.

Sesungguhnya takut kepada Allah adalah hak.
Sedangkan takut kepada ghairullah (makhluk) adalah bathil.
Rasa takut kepada Allah dimiliki oleh mereka yang senantiasa istiqomah dalam memperbaiki iman yakin mereka.
Adapun rasa takut kepada ghairullah(makhluk) mudah bersemi di hati mereka yang meninggalkan usaha atas iman yakin kepada Allah,
lebih2 lagi mereka yang leka dan lalai dengan hiburan.

Apa akan jadi sekiranya hati tidak ada rasa takut dan gentar pada Allah?
Apabila kita tidak takut kepada Allah, maka segala sesuatu akan menjadi sumber ketakutan buat kita.
Lalu mereka akan menjadikan kita seperti budak2 suruhan yang hina.

Oleh itu, takutlah hanya kepada Allah.
Kerana apabila kita takut hanya kepada Allah, maka segala sesuatu menjadi tunduk,akur dan takut kepada kita.
Bukan setakat takut,malah kelak mereka akan berkhidmat kepada kita.

"Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik2 pelindung kami."
 

----------------------------------

8 August 2006 / 15:50

Sunday, 06 August 2006

22nd Post (Pesanan Hadraji & Maulana)

Semoga Allah buangkan penyakit SU'UZZON dari dalam diriku ini.
Dan gantikannya dengan sifat HUSNUZZON.
Pesanan 2 Maulana ini memang amat wajar untuk diberi perhatian...

Pesanan Maulana Mustaqim :
Kita jangan jadi macam khinzir sebab khinzir apabila pergi ke sebuah taman, walaupun di sana ada buah-buahan yg enak2 dan makanan yg baik2 tapi khinzir akan sentiasa tetap mencari najis atau kotoran;
begitu jugalah dengan kita ini...
janganlah asyik mencari keburukan dan bercakap tentang keburukan
saudara2 kita.


Sebaliknya....

Pesanan Al-marhum Hadraji Maulana Inamul Hasan :
Kita kena jadi macam lebah, sebab lebah apabila mencari manisan dia akan pergi ke setiap bunga samaada bunga itu wangi atau busuk, tapi dia tetap akan mengambil manisan daripada bunga tersebut dan akhirnya manisan dapat dikumpul di dalam sarang dan terjadilah apa yang dinamakan MADU (ubat bagi segala penyakit);
begitulah juga dengan kita...
kita harus mencari kebaikan setiap saudara kita supaya kebaikan akan terkumpul dalam diri kita.


Semoga saya dan tuan2 dapat amal insyaAllah.
---------------------------------
07 August 2006 / 10:55

Monday, 03 July 2006

21st Post (Putus Harapan?)

apa yang sudah terjadi???
apa sebenarnya masalah aku???
apa lagi yang tak kena dengan aku ni???
aku betul2 bingung, tertekan, kecewa dan hampir putus harapan.
aku telah gagal sekali lagi.
semakin difikirkan masalah ini....semakin jadi tidak keruan.
aku jadi hilang tumpuan.
perkara2 negatif menerjah masuk ke dalam fikiran.
sedikit demi sedikit, keyakinan diri semakin menghilang.
aku sedih, kecewa dan hampir berputus asa dengan diri sendiri.
apalagi yang mampu aku lakukan??
wahai Allah....Robb yang menguasai segalanya...
walau dosaku setinggi gunung dan seluas lautan sekalipun.....
namun aku tetap tagih rahmat dan kasih sayangMu.
tolonglah beri kekuatan padaku untuk menghadapi semua ini.
tolonglah hambamu yang amat lemah ini.
4 June 2006 / 11:30am

Monday, 27 February 2006

20th Post ( Perasaan )

Jangan ko bermain dengan perasaan.
Kelak ko akan tertipu.
Nanti ko akan kecewa.
Bukan mudah untuk mengawal perasaan.
Terutama perasaan orang muda macam ko.
Perasaan mudah berubah.
Perasaan mudah terluka.
Perasaan mudah terpesong ...

Sudah lama benar aku menyedari tentang permainan perasaan ini.
Sejak dari bangku sekolah lagi.
Pernah satu ketika aku telah tertipu dengan permainan ini.
Pernah juga satu ketika dulu aku telah bertaubat.
Bertaubat untuk tidak lagi cuba bermain2 dengan perasaan ini.
Namun aku selalu gagal.
Aku sering kecewa.
Aku sentiasa tumpas dengan perasaanku sendiri.

Memang diakui yang permainan ini sangat menarik dan sangat menyeronokkan.
Namun kalau tersilap langkah padah jawabnya.
Lukanya sukar diubati.
Habis??
Apa yang boleh aku buat??
Apa yang patut aku lakukan lagi??
Lari dari perasaanku sendiri??

23.01 / 27 Feb 2006

Sunday, 26 February 2006

19th Post ( Apalah Gunanya )

apalah gunenye aku gunekan mase untuk melayan orang2 yang tak tahu nak berterima kasih?
mase aku habis...tenaga habis...duit habis...badan penat....sakit hati...dosa lagi dapat...
satu benda pun tak mendatangkan apa2 faedah buat mu.
so apa yang ko duk memenatkan badan ko buat menda2 yang bodoh tuh?
mulai dari sekarang,buat perkiraan....
buat hanya benda yang mendatangkan faedah kepada ko.
jangan nak membuang masa lagi.

baik ko baca buku dan tambahkan ilmu pengetahuan ko.
banyak benda yang nak kena buat wey....
buatla dari sekarang...kalau tak ko rugi nanti.

apalah gunenye ko buat baik jika sekirenya ko masih meninggalkan semayang?
apalah gunenye....apelah gunenye....apelah gunenye.
Bertaubatlah dengan taubat nasuha.
semoge Allah mengampunkan dikau.

jangan kau bazirkan masa mu.
nanti kelak ko akan menyesal dikemudian hari.
percayalah cakap ku ini.
jangan ko mensia-siakan waktu lapangmu itu.
nanti akan tiba satu ketika yang mane ko pasti akan merasakan masa 24 jam  yang Allah kurniakan itu tidak mencukupi.
ingatlah betul2 kata2 ku ini.
ko pasti akan menyesal satu hari nanti jika ko masih dalam keadaan seperti ini.
oleh itu,cubalah lakukan sesuatu untuk memperbaiki keadaan ini.

bila lagi ko nak bertaubat ni??
lakukan sesuatu sebelum ALLAH swt memanggil ko kembali!!
adakah ko merasakan nyawa masih cukup panjang??
malah jika nyawa ko masih panjang pun,adakah ko merasakan diri ko akan sempat untuk membuat bekalan pada dunia selepas mati ko??

insaflah dan kembalilah pada ALLAH!

21.15 / 26 Feb 2006

Tuesday, 21 February 2006

18th Post ( Takut pada Allah )

Kenapa bila azan berkumandang...

kita boleh buat tak peduli...

kita hanya buat tak tahu....

tidakkah kita sedar...

azan itu ialah panggilan 'janjitemu' kita dengan RAJA segala raja???

Tapi kalau boss panggil kita...??

kita lewat seminit pun....kita dah gelabah tak tentu hala.

kalau boss panggil kita...

tgh merokok, kita boleh cepat2 padam rokok dan bersegera jumpa boss.

kalau kita tgh menge'tea...kita tak abiskan pun teh tarik tu...lantas terus pegi jumpe bos.

tapi kalau kita dengar 'azan'....kita buat donno jer....buat endah tak endah jer.

bukankah ini tandanya kita lebih takutkan manusia daripada takutkan ALLAH???

Kita bimbang kalau2 takutnya kita pada manusia melebihi takut pada ALLAH ini, akan membawa kepada dosa syirik!!!!!!

20:35 / 21 FEB 2006 / masa dgr ceramah kat surau kondo rakyat

Wednesday, 15 February 2006

17th Post ( Memberi Alasan Atau Mencari Penyelesaian )

Mereka yang gagal adalah mereka yang hanya pandai memberi alasan.

Manakala mereka yang berjaya adalah mereka yang pandai mencari penyelesaian.

Jadi, pilihlah sama ada kita ingin menjadi orang yang pandai memberi alasan atau berusaha mencari penyelesaian.

Ingat...Kita pasti tidak akan berjaya jika sering memberikan pelbagai alasan. 

Habis...Mengapa masih perlu berikan alasan demi alasan???

.

Jika kita menghadapi masalah, janganlah sibuk memberi alasan.

tetapi teruskanlah mencari penyelesaian.

.Gambarou

09:00 / 16 Feb 2006

Tuesday, 14 February 2006

16th Post ( Jangan Mengharap )

Usah ko letak sebarang harapan pada manusia.

Kelak ko akan menyesal dan kecewa.

Apalah yang hendak diharapkan pada makhluk yang tidak mampu memberi apa2.

Bukankah Allah sudah cukup bagimu.

Dapat Allah dapat segalanya.

"Hanya kepada ENGKAU aku sembah...

           dan hanya kepada ENGKAU aku mohon pertolongan!"

18:15 / 14 Feb 2006

Monday, 13 February 2006

15th Post ( Zikrul Maut )

pagi tadi masa drive utk ke ofis...aku dengar RMP.fm

dlm tazkirah pagi....ustaz Mohd Idris Bin Derus telah berkata...

hidup kat dunia umpama lakonan sahaja.

jangan terlalu leka dan asyik dengan lakonan...katanya.

seorang pengemis telah tertidur di tangga istana.

dan sedang ia tidur....dia telah bermimpi menjadi raja.

dia bermimpi memiliki segala-galanya...

istana yg luas, permaisuri yg cantik, harta yg melimpah ruah...

tiba2 dia tersentak kerana dikejutkan oleh si pengawal istana.

dia yg tadinya begitu seronok gembira dan bahagia...

tiba2 telah tersedar...

rupanya2 semua itu hanyalah MIMPI belaka...

rupa2nya dia hanyalah seorang pengemis yg hidup melata.

alangkah sedih kecewa dan hancur remuk hatinya.

begitulah kehidupan kita di dunia ini....

sedang kita begitu asyik dan leka dengan keluarga dan kekayaan harta benda...

tiba2 MAUT menjelma....

barulah kita sedar...rupa2nya kita tiada apa2...

ingatlah...nabi SAW ada bagitau...

malaikat maut sering datang menjenguk kita tidak kurang 70 kali sehari....

tidakkah kita lupa???

apakah kita sudah bersedia???

10:15 / 14 Feb 2006

Friday, 03 February 2006

14th Post ( Manalah hendak kucari... )

“Malu”....

di situlah letaknya keindahan dan kecantikannya seorang wanita.

Bersopan santun, berakhlak mulia, maruahnya sentiasa dijaga kerana dia tahu itu harga dirinya.

Pandai bergaul tapi tidak bebas dan terbabas.

Pakaiannya kemas tapi tidak menampakkan terlalu mewah atau menunjuk-nunjuk dan tidak pula terlalu rendah mutunya kecuali tidak ada.

Berbudi bahasa, peramah dan mesra, tapi tidak mengada-ngada.

Auratnya dijaga tidak didedahkan kepada yang bukan muhramnya.

Matanya selalu ditundukkan terutama kepada laki-laki ajnabi kecuali diwaktu perlu sahaja.

Bahasa nya bersahaja, mengikut fitrah semulajadinya, tidak dibuat-buat atau mengada-ngada.

Percakapannya dijaga, tidak menyindir-nyindir atau mengata-ngata orang atau memuji-muji diri dan keturunannya.

Suaminya dihormati dan ditaatinya, keluarga suaminya dimuliakannya.

Berkasih sayang dan berlemah lembut dengan anak-anaknya tetapi tidak terlalu dimanja dan dimewah-mewahkannya.

Rajin bekerja dan mengemaskan rumahtangga budaya hidupnya.

Beribadah dengan Tuhan tidak pernah diabaikan bahkan istiqamah pula ibadahnya.

Hubungan dengan jirannya sangat dijaga, macam menjaga keluarganya.

Ketika berjalan jauh ,dia akan pergi bersama muhramnya atau bersama 3 orang wanita yang boleh dipercaya.

Tidak tamak, tidak bakhil, sentiasa baik sangka dengan suaminya.

Apatah lagi cemburu dan prejudis dengan suaminya tidak ada di benak kepalanya.

Jika suaminya susah, sanggup bersama-sama susah dengan suaminya.

Tidak suka meminta-minta dengan suaminya kecuali yang perlu2 sahaja.

Tidak suka bertanya-tanya suaminya ketika balik;

“Abang ke mana? Dari mana? Mengapa lambat balik?Buat apa di sana?”

Tika suaminya balik disambut dan dilayan dengan baik.

Di waktu itu dia tahu dan faham apa keperluan suaminya.

Hingga sikapnya itu suaminya senang, tenang, terhibur dan lapang fikirannya.

Tidak meninggikan suara dengan suaminya.

Kalau dia bersalah cepat sekali dia meminta maaf dengan suaminya.

Kesalahan dan kesilapan suaminya dilupa-lupakan dan dimaafkan saja.

Tidak mengungkit-ungkit suaminya, sekalipun di waktu dia tidak senang dengan suaminya.

Itulah kecantikan dan keindahan sebenar seorang wanita.

Manalah hendak dicari wanita semacam ini sekarang???

Muslimah

06:55 / 4 Feb 2006

Thursday, 02 February 2006

13th Post ( Wajah2 Kejujuran )

Pernahkah anda menatap wajah orang-orang terdekat anda saat mereka sedang tidur?

Kalau belum, cubalah sekali....

tataplah wajah mereka saat mereka sedang tidur.

Pada saat tidur...ekspresi wajah adalah paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung mungkin begitu cantik dan hebat, tapi akan jadi nampak biasa dan jauh berbeza jika dia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun jika ia tidur sudah tak akan tampak wajah bengisnya.

Tak caya...cube tengok wajah ayahanda mu saat die sedang tidur.

lihatlah betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerutan mulai terpahat di wajahnya.

Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita.

Orang inlah rela melakukan apa saja asal perut anak-anaknya sentiasa kenyang dan pendidikan anak2nya berjalan lancar dan berjaya.

Sekarang, Lihatlah pula wajah bonda mu.

Hmm.. kulitnya sudah mulai keriput...

dan tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh kita ketika masih bayi kini telah kesat dan kasar.

Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita.

Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebel kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayangnya pada kita.

Tapi kita pulak selalu sering tersalah ertikan bebelan nya itu.

Marilah kita cuba tatap wajah orang-orang tercinta itu : Ayah, Ibu , suami , isteri, kakak, adik, anak, sahabat, atau siapa sahaja.

Rasakan sensasi yang timbul sesudahnya.

Rasakan kuasa cinta yang mengalir perlahan-lahan di saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.

Rasakan getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda.

Pengorbanan yang mereka lakukan mungkin amat besar dan bermakna buat kita.

Namun terkadang pengorbanan mereka itu mungkin telah kita lupakan dek kerana kesalahan kecil mereka yang entah kenapa selalu saja kita nampak besar.

Jika kita perhatikan betul2....

pengorbanan mereka sebenarnya boleh di nampakkan melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang mereka tidur.

Pengorbanan yang pastinya memenatkan dan melelahkan mereka....mungkin tidak mereka ungkapkan dengan kata2.

Tetapi ekspresi wajah ketika tidur itulah yang mengungkapkan segalanya.

Tanpa kata, tanpa suara dia berkata : "aduh... betapa lelah/penatnya aku hari ini."

dan disitu harus kita fikirkan.... apakah penyebab lelah nya mereka itu ?

untuk siapakah mereka berlelah-lelahan?

Ayah dan Ibu....mereka senantiasa bersusah payah membesarkan dan mendidik anak2 mereka.

Si suami sibuk bekerja keras mencari nafkah sehari2.

Si isteri pula tak pernah diam bertungkus-lumus mengurus rumahtangga dan anak2.

Kenangilah mereka....

Sayangilah mereka....

dan tataplah wajah mereka dengan tatapan penuh kasih sayang.

06:50 / 3 Feb 2006 Baby12_2

Wednesday, 01 February 2006

12th Post (Dok Chagoo)

Alangkah ruginya diri.

Tak ambik peduli.

Buat tak kesah.

Tak ambik endah.

Tak sensitif.

Buat dono.

Dok chagho....

alangkah rugi nya....rugi nya....

12:30 / 2 Feb 2006

Thursday, 26 January 2006

11th Post ( Mainan Perasaanku )

Mengapa dirimu begitu comel padaku?
Mengapa aku begitu tertarik padamu?
Adakah kerana kemanisan raut wajahmu?
Atau mungkin kerana kemerduan suaraumu?
Atau mungkinkah kerana kebaikan serta keelokan tingkah lakumu?
Atau mungkin hanya kerana aku kesepian sekarang...yang memerlukan teman utk dikongsi isi hatiku ini?
Atau mungkin ianya hanyalah layanan kepada hawa nafsu mudaku yang sedang membuak2 ini?

Mengapakah ini semua terjadi??
Siapakah yang ingin aku persalahkan?
Adakah ianya salah diriku sendiri??
Ahhhhhhhh....entahlah...
apa yang pasti...aku semakin tewas dengan permainan perasaan ku ini.
Aku semakin tewas dengan dorongan hawa nafsu.
Aku semakin tertipu dengan tipuan dunia ini!!!

Benarlah pesan seorang syeikh padaku satu ketika dulu....
"Kalau ko letakkan kebesaran ALLAH dalam hatimu,
maka kebesaran dunia akan keluar dan kecintaan kepada ALLAH akan dirasai.
Sebaliknya kalau ko letakkan kebesaran  dunia/makhluk dalam  hatimu,
nescaya sedikit demi sedikit kebesaran dan kecintaan ALLAH akan lenyap dari hatimu."

Sampai satu tahap...
ko tidak akan merasakan apa2 dosa sekalipun ko buat maksiat dan derhaka pada ALLAH.
Pada tahap ini...hatimu sudah hampir tertutup,kotor dan berpenyakit.
Tentu sekali ianya akan menjadi amat sukar untuk dicuci dan diubati!!

Habis sekarang.....???
Pada peringkat manakah keadaan hatimu????
Sesungguhnya hanya ko dan ALLAH robbul jalil saja yang terlebih mengetahui keadaan hatimu.

Moga Allah ampunkan dosa2ku.

21.55 / 26 Jan 2006

Wednesday, 25 January 2006

10th Post ( Makanan )

kata seorang ustaz kat radio ikim pagi tadi...

manusia dijadikan dari 2 unsur.

1- air mani...yg dibentuk menjadi segumpal darah dan seterusnya menjadi baby.

2- roh...ditiupkan roh itu ke dalam tubuh manusia sebagaimana yg diterangkan dlm surah as-sajadah.

adapun bagi kedua2 unsur ini perlu dijaga dan dipelihara dengan baik.

bagi kedua2 unsur ini ada makanannya masing2.

1- makanan utk unsur yg pertama itu ialah makanan yg biasa kita makan...spt nasi,buah2an,sayur-sayuran dsb

2- makanan utk unsur yg  ke2 yg terbaik ialah solat...quran/zikir2/menuntut ilmu juga adalah makanan utk ruh...

manusia tersangat mengambil berat ttg makanan utk unsur yg pertama...sedangkan makanan yg ini telah pun dijanjikan/ditetapkan oleh ALLAH kepada manusia....sepatutnya manusia tak perlu risau.

hari ini terlalu ramai manusia yg mengabaikan atau pun terlupe untuk memberi makanan pada unsur yg ke2...

cuba kita check balik...

ari ini berapa banyakkan makanan yg telah kita telan utk makanan unsur pertama?

tp bagaimana pula dengan makanan ruh kita? sudah diberi makan secukupnya?

tepuk dada...tanyalah iman.

07:25 / 26 Jan 2006

Tuesday, 24 January 2006

9th Post ( Masa Rajin Vs Masa Malas )

Setiap orang ada masa rajin dan ada masa malas nya.
Kalau masa rajinnya lebih panjang dari masa malasnya, maka kemungkinan besar dia adalah orang yang berjaya.
Jika sekiranya masa malasnya lebih banyak dari masa rajinnya, maka kemungkinan besar dia adalah orang yang selalu gagal.
Setiap orang memang tahu mana satu masa yang lebih panjang dalam hidup nya sehari-hari.
Kalau dia sedar yang masa rajinnya lebih panjang, maka sepatutnya dia gunakan masa rajinnya itu dengan sebaik mungkin.
Kalau dia rasa masa malasnya yang terlebih panjang, maka sepatutnya dia kena berusaha untuk memendekkan masa malasnya itu.
Sebenarnya rahsia antara orang berjaya dengan orang gagal ialah terletak pada perbezaan 2 jenis masa ini.
Bagi diriku....
dahulunya masa rajinku memang lebih panjang dari masa malasku.
Oleh sebab itu, aku dulu berada dalam golongan orang2 yang berjaya.
Malah termasuk dalam kategori orang2 yang cemerlang.
Namun itu dulu la kan.
Kini aku sedar yang masa malasku telah melebihi masa rajinku.
Akibatnya kini aku berada dalam kelompok orang2 yang di bahagian bawah.
Sungguhpun aku masih dapat mempertahankan kedudukanku pada tahap yang berpatutan,
namun, aku rasakan yang keadaan 2 jenis masaku ini semakin lama semakin jaun perbezaannya.
Masa malasku dari hari ke hari semakin bertambah.
Masa rajinku pula yang sememangnya telah menyusut menjadi lebih parah.
Aku tidak menggunakan masa rajinku dengan sebaik mungkin.
Masa rajinku yang aku ada tu aku gunakan dengan melakukan perkara2 yang kurang berfaedah.
Aku lebih banyak menumpukan kepada benda2 yang melalaikan saja.
Walaupun ianya amat menyeronokkan,
namun aku ada "priority" yang lebih utama.
Mengapa aku tidak gunakan masa rajinku untuk settle kan benda yang lebih "priority"?
Kalau aku selidik balik diriku, sebenarnya aku takde masalah besar.
Kesilapan aku kini hanyalah aku tak dapat kontrol penggunaan masa rajinku itu.
Kalaulah sekiranya aku dapat kontrol ia, InsyaAllah pastinya keadaanku akan menjadi lebih baik.
Aku tidak ada "stress",
aku tidak ada risau,
aku boleh hidup dengan hati yang terbuka,
dan semua orang respect padaku.

So apa tunggu lagi?
Mulakan perubahan sekarang.
Lakukan Islah diri.
Buatlah pengorban.
Baiki hubungan dengan tuhan.
Tinggalkan semua tabiat buruk.
Minta ampun dengan tuhan.
Minta bantuan dari Nya.
Bertaubatlah.
Semoga Allah bagi kekuatan pada diriku untuk Islah diri.

23.20 / 24 Jan 2006

8th Post ( Masa )

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Oleh itu gunakan masamu dengan sebaik mungkin.
Setiap saat yang berlalu pasti tak akan berulang lagi.
Kalau ianya terlepas dengan benda2 yang berfaedah, maka beruntunglah dirimu.
Jika masa itu berlalu tanpa apa2 yang bermanfaat, maka rugilah dirimu.
Masa sangat berharga.
Manfaatkan ianya semaksima mungkin.
Kalau nak rilex, rilex lah betul2.
Kalau nak borak, borak lah habis-habisan.
Kalau nak bekerja, kerja lah dengan sehabis baik.
Enjoy lah setiap saat masa yang dikurniakan kepadamu.
Manfaatkan ia sebaik mungkin.

Bila berjaya kawal masa dan buat perancangan masa, terasa akan kepuasan hidup.
Terasa diri ini begitu bermakna.
Terasa diri ini berpotensi untukjadi orang yang sangat berguna.
Segala apa yang diatur, yang dirancang,
dapat dilaksana.
Hati akan berasa puas dan rasa berjaya.
Dapat kawal masa ;

1- Dapat selesaikan semua perkara yang patut diselesaikan.
Terasa yakin yang diri ini mempunyai kekuatan/kebolehan untuk melakukan apa saja.

2-Dapat rasakan yang dirinya itu punyai kelebihan daripada orang lain.
Kalau orang lain selalu gagal kawal masa , tetapi dia berjaya pula mengawalnya.

21.06 / 24 Jan 2006

Monday, 23 January 2006

7th Post (Inilah Ikrar ku)